fbpx

Sejak dia jadi janda, ramai nak ‘try’ – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMUNCULAN Yusof sebagai 'cameo' dengan lontaran dialog makan dalam menuai perhatian ramai sehingga tular dalam aplikasi TikTok sejak malam tadi.

PETALING JAYA – “Menantu aku.”

Itu antara dialog makan dalam daripada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang membuat kejutan tampil sebagai artis jemputan dalam program Sepahtu Reunion bersama menantunya, Puteri Sarah Liyana malam tadi.

Yusof yang muncul pada minit terakhir persembahan turut menuai sorakan penonton apabila bergurau, mengakui Puteri Sarah berdepan godaan ramai lelaki sejak disahkan bercerai pada Jun lalu.

“Aku sedar, sejak menantu aku bergelar janda, ramai yang nak ‘try’ (cuba mengurat).

“Jangan ‘try’, dia baru lagi (cerai), tak manis,” katanya yang memegang watak sebagai bapa mentua Sarah pada persembahan tersebut.

Selain Yusof, kehadiran pelakon Indonesia yang juga rakan perniagaan Puteri Sarah iaitu Andi Arsyil sebagai penonton juga turut menuai perhatian ramai.

Kemunculan Yusof seterusnya mendapat pelbagai respons daripada netizen dan rata-ratanya memuji hubungan baik yang masih terjalin walaupun Sarah sudah bercerai dengan Syamsul Yusof.

“Sebak tengok Yusof peluk Puteri Sarah, bagusnya layanan dia menantu dia.

“Walaupun sudah berpisah dengan anak dia, Yusof tetap menyebut Puteri Sarah sebagai menantu dia. Mentua dari syurga.

“Kalau ada yang nak masuk meminang Puteri, kena hadap dua orang ayah yang sayang dia,” komen netizen.

Puteri Sarah, 38, dan Syamsul, 39, bercerai secara rasmi pada 12 Jun lalu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul dan Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI