fbpx

Putus cinta tak seronok, Sophia Albarakbah tutup hati buat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOPHIA ALBARAKBAH mengakui pintu hatinya kini tertutup untuk menjalin cinta dengan mana-mana lelaki.

PETALING JAYA – “Buat masa ini, pintu hati saya sudah tertutup sepenuhnya untuk sesiapa.”

Itu respons pelakon Sophia Albarakbah apabila ditanya mengenai status hatinya yang kembali solo selepas putus  cinta dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr. Doktor, sebelum ini.

Tegas aktres berusia 30 tahun itu, diri kini hanya fokus terhadap kerjaya tanpa mahu terikat dengan mana-mana hubungan cinta yang boleh mengganggu emosi dan komitmen kerjayanya.

“Banyak perkara peribadi berlaku yang tidak boleh saya kongsikan di sini, Apa yang pasti, buat masa ini, pintu hati saya sudah tertutup sepenuhnya untuk sesiapa.

“Fokus saya yang paling utama adalah 100 peratus kerja, saya mahu memberikan tumpuan yang berlipat kali ganda kepada karier lakonan saja sekarang tanpa memikirkan soal teman lelaki,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Tidak menyimpan dendam, pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu mengakui berkawan dan tidak bermusuh dengan bekas teman lelaki meskipun hubungan sebagai pasangan kekasih terkubur di pertengahan jalan.

“Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan,saya dengan dia (bekas teman lelaki) masih berkawan. Kalau saya rasa nak berkongsi sesuatu dengan dia, dia okey saja, begitulah sebaliknya.

“Tapi tidaklah saya berkongsi selalu berkongsi cerita dengan dia sahaja, saya masih ada adik-beradik dan rakan-rakan untuk berkongsi cerita dengan mereka,” tuturnya tegas.

Disoal adakah mana-mana jejaka yang cuba mendekati selepas kembali solo, pelakon asal Kuala Lumpur itu mengakui banyak menerima mesej langsung (DM) daripada lelaki yang ingin berkawan rapat dengannya.

“Jujurnya memang ramai yang mendekati tapi seperti yang saya katakan, saya masih belum bersedia, hati ini masih tertutup untuk sesiapa.

“Patah hati bukan sesuatu yang menyeronokkan jadi saya tidak mahu melalui fasa itu lagi.

“Perasaan itu tidak mudah, sangat menyakitkan, yang melalui pasti memahami,” katanya ketika ditemui pada sidang media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love, baru-baru ini.

Terdahulu, Sophia menjadi perhatian ramai apabila kisah cintanya bersama Mr. Doktor itu sering menjadi tumpuan.  Keterbukaan Sophia ditemani jejaka itu ke mana-mana acara hiburan turut menarik perhatian ramai. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI