fbpx

Noh Salleh kini milik Athira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH dan Athira selamat mendirikan rumah tangga hari ini.

PETALING JAYA – Penyanyi Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Athira Mustapa dalam sebuah majlis tertutup di Puchong, di sini hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsi Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam satu hantaran InstaStory dengan memuat naik foto dia dan Athira, 30, duduk di atas pelamin, lengkap dengan busana pengantin berwarna putih.

“Athira dan Noh. 23 September 2023,” tulisnya ringkas dan hanya meletakkan lokasi Tanjung Malim, Perak pada ruangan ‘tag’ lokasi foto tersebut.

Difahamkan, majlis persandingan vokalis kumpulan Hujan dan Athira yang juga seorang peguam itu juga bakal diadakan di sebuah dewan perkahwinan di Puchong hari ini.

Noh yang popular menerusi lagu Angin Kencang itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pernikahannya hari ini dalam media sosial.

Pada Mei lalu, Kosmo! melaporkan pasangan terbabit melangsungkan pertunangan yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal pada 7 Mei lalu.

Kad undangan untuk majlis Mohammad Noh Salleh, 38, perkahwinan mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos lalu.

Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata namun mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

Pada Jun lalu, Nina sudah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya yang juga penyanyi rap asal Amerika Syarika, Essam Muhammad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI