fbpx

Kedai buka sampai tengah malam punca orang ramai makan lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – “Kedai tomyam buka sampai malam”. Itulah antara alasan diberi orang ramai terhadap laporan Kosmo! hari ini tentang punca penyakit tidak berjangkit dalam kalangan orang muda adalah makan tengah malam dan kerap minum teh ais.

Laporan tersebut mendapat perhatian orang ramai apabila kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan ‘tag’ kenalan serta ahli keluarga bagi memberi kesedaran awam.

Rata-rata mereka juga bersetuju mengenai perkara itu apatah lagi kebanyakan restoran dan kedai makan beroperasi sehingga ke tengah malam.

“Ketagih makan luar, itu puncanya,” komen Saif.

“Kedai tomyam buka sampai malam,” komen MohdHzm.

“Ketagih makan luar, bila ditegur meroyan sana sini. Dah sakit, kewangan ‘kelaut’. Salahkan orang lain, salahkan tuhan,” komen seorang pengguna.

Dalam pada itu, ramai juga menganggap kebanyakan mereka yang menghidapi penyakit kronik adalah disebabkan gaya hidup yang tidak sihat seperti tidak melakukan senaman.

“Gaya hidup tidak sihat, punca segala penyakit,” komen Dr. Hannan Hafiz.

“Malas bersenam, itu ‘makan’ dia,” komen Tom pula.

“Jaga kalori ,banyakkan berjalan kurangkan makanan yang berminyak dan bergula. Itu sahaja. Hospital kat Malaysia yang akan meletup,” komen Tareqalbuhiri.

Hari ini, Kosmo! melaporkan makan tengah malam, kerap minum teh ais dan stres merupakan antara faktor yang menyumbang penyakit tidak berjangkit termasuk diabetes ketika usia muda.

Rata-rata pesakit membe­ritahu, mereka jarang atau tidak pernah melakukan aktiviti kecergasan kecuali ketika di bangku sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI