fbpx

Keahlian UMNO Haslihelmy gugur – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haslihelmy (kiri) ketika tiba di pusat penamaan calon DUN Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong hari ini.

BENTONG – Keahlian UMNO bagi calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli gugur selepas beliau hari ini sah bertanding sebagai calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Haslihelmy yang merupakan ahli UMNO Cawangan Kampung Sum-sum hari ini sah bertanding dalam PRK Pelangai menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, keahlian Haslihelmy disahkan gugur hari ini selepas disahkan menjadi calon bebas.

“Walaupun dia (Haslihelmy) menjadi calon bebas secara automatik hari ini keahliannya gugur sebagai ahli UMNO,”katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam; Kasim Samat dari PN dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI