fbpx

Hujan lebat di 5 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

Ujarnya, seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat) turut diramal cuaca yang sama.

“Di Sarawak, kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Sri Aman, Betong (Betong) dan Sarikei (Pakan),” katanya.

Tambahnya, di Sabah antara kawasan diramal cuaca buruk adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Kudat (Kudat) dan seluruh Wilayah Persekutuan Labuan.

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI