fbpx

PRK Pelangai: Calon BN diiringi Ahmad Zahid, Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pusat penamaan calon PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

BENTONG – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam, 50, tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada pukul 8.54 pagi.

Beliau diiringi pencadang, Abd. Ghani Taib dan penyokong, Natharudin Sulaiman.

Turut sama mengiringi ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan pemimpin-pemimpin parti.

Dalam pada itu, calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli tiba pada pukul 9.05 pagi dan merupakan calon ketiga.

PRK Pelangai akan diadakan pada 7 Oktober ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI