fbpx

Dr. Zulkifli perjelas isu anak dapat biasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar yang dikongsi Dr. Zulkifli yang menimbulkan pertikaian orang ramai.

PETALING JAYA – Isu anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memperolehi biasiswa pendidikan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) nampaknya masih belum reda.

Menerusi ciapan terbaharu Dr. Zulkifli hari ini, beliau telah menjawab salah faham salah seorang pemilik media sosial apabila mempertikaikan perolehan biasiswa terbabit terhadap anak lelaki beliau, Abdul Syakur Zulkifli ke luar negara.

Pertikaian tersebut berlaku apabila ada pemilik media sosial yang mempersoalkan biasiswa penuh yang diperolehi itu adalah daripada pembayar zakat dan menyatakan bekas anak Mufti Wilayah Persekutuan itu tidak layak untuk memperolehinya kerana kedudukannya.

Ramai juga yang menyatakan tindakan Dr. Zulkifli yang menayangkan beberapa gambar dia bersama anaknya ketika di lapangan terbang ketika menghantar anaknya ke Jordan untuk belajar adalah tidak patut dan sengaja dibuat-buat.

“Kalau dia tidak lantik jurugambar dan meletakkan gambar di media sosialnya tiada orang pun tahu anak dia dapat biasiswa penuh daripada pembayar zakat,” jelas seorang wanita di Twitternya.

Namun, Dr. Zulkifli tampil menjawab dakwaan tersebut dengan ciapan menjelaskan, beliau tidak melantik mana-mana jurugambar untuk tujuan tersebut kerana telah mempunyai pasukan medianya sendiri.

“Saya tidak lantik jurufoto semata-mata untuk tujuan berkenaan. Saya memang ada jurufoto, ada team media yang sentiasa ikut saya ke mana-mana. Saya telah jelaskan baik-baik di thread sebelum ini, tapi nampaknya saudari masih tidak dapat terima beberapa salah faham saudari.

“Wajar untuk saya uar-uarkan di media sosial sebagai kempen kepada pembayar zakat, pusat zakat, disamping menolak sangkaan yang mungkin keluar bila saya “diam-diam” dan diketahui kemudian hari,” ciapnya.

Terdahulu, Abdul Syakur yang merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh 7A+ dan 1A di Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP telah memperolehi biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh.

Sebagai pengasas Pondok Moden al-Abaqirah, Dr. Zulkifli turut berbangga dengan perkembangan para pelajar dan juga alumninya yang bertebaran di universiti awam dan luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI