fbpx

Klopp puji kebangkitan The Reds

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menewaskan LASK 3-1 pada aksi Liga Europa di Stadium Raiffeisen Arena awal pagi semalam. – LFC

LINZ – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menarik nafas lega selepas menyaksikan anak-anak buahnya berjaya meraih kemenangan pertama pada kempen Liga Europa selepas menewaskan wakil Austria, LASK 3-1 awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Raiffeisen Arena itu, skuad tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan pelawat dengan gol pendahuluan menerusi Florian Flecker, namun The Reds bangkit pada babak kedua de­ngan jaringan Darwin Nunez, Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Kata Klopp, prestasi yang dipamerkan oleh pasukannya boleh dibanggakan meskipun merombak sebahagian besar kesebelasan utama dengan memberi ruang buat pemain-pemain yang kurang mendapat minit permainan sebelum ini.

“Saya akui pada babak pertama, kita tidak beraksi dengan baik tetapi LASK hanya ada satu peluang dan mereka gunakan peluang tersebut. Cuma, keyakinan pemain semakin meningkat sepanjang perlawanan dan babak kedua kita berjaya bangkit.

“Pujian wajar diberikan kepada barisan pemain muda kami seperti Ben Doak dan Stefan Bajcetic selain gandingan tengah menerusi Ryan Gravenberch yang dilihat cukup cemerlang pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Gravenberch mengakui sangat puas dapat membuat kemunculan dalam kesebelasan utama buat kali pertama selepas berhijrah ke Anfield daripada kelab Bayern Munich bulan lalu.

“Saya gembira apabila diberi peluang untuk mendapatkan minit permainan tetapi bagi prestasi peribadi, masih ba­nyak ruang yang perlu diperbaiki dan harap dapat terus membantu pasukan selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI