fbpx

Wanita jadikan makanan kucing sebagai snek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu kelihatan sedang menikmati makan kucing di mejanya. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang wanita menjadikan makanan kucing sebagai snek, lapor laman berita Detik semalam.

Video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @snowbelle_febby itu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen sama ada ia selamat untuk dimakan oleh manusia.

“Hidu baunya sahaja sudah busuk, lama nak hilang kalau tersentuh apatah lagi nak makan,” kata seorang netizen.

Seorang pakar pemakanan Indonesia Dr. Putri Sakti, berkata, makanan kucing secara umumnya tidak beracun dan berbahaya, tetapi tidak dicipta untuk manusia.

“Makanan kucing tidak beracun dan tidak berbahaya asalkan bersih, tetapi memang ada yang mentah. Makanan mentah ini berbahaya kerana boleh dicemari pelbagai bakteria, virus dan sebagainya.

“Selain menyebabkan masalah penghadaman, virus dan bakteria juga boleh menyebabkan jangkitan dalam sistem badan,” katanya.

Pakar gastroenterologi dan hepatologi, Dr. Aru Ariadno berkata, makanan kucing mengandungi mineral tambahan yang baik untuk kucing, tetapi tidak baik untuk kesihatan pencernaan manusia.

“Kesan penghadaman tidak membawa maut, tetapi akibat pengambilan makanan kucing yang mengandungi kandungan mineral tinggi, tubuh akan berlebihan vitamin A yang boleh mengakibatkan loya, muntah, sakit perut, rambut gugur dan kulit kering,” katanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI