fbpx

Apek tukar kerja jadi tukang masak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Apek yang sedang menggoreng ayam kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Siapa yang tidak mengenali bekas penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang dahulunya merupakan penjaga gawang terbaik Asia Tenggara.

Pernah membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki sebelum ini, lelaki itu juga pernah menjadi pemain penting ketika Kelantan FA memenangi kejuaraan tiga liga tempatan iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.

Apek yang ketika ini berkelana ke kelab bola sepak Sabah FC selepas mengerah keringat untuk Melaka sebelum ini. Kini beliau beralih arah mencari rezeki dengan menjadi tukang masak.

Menerusi dua keping gambar yang tular di Facebook My Sabah, kelihatan anak jati Kota Bharu itu sedang memasak di sebuah restoran di Sabah.

Difahamkan, restoran tersebut merupakan milik rakanya yang baru dibuka. Kedatangan Apek ke premis tersebut adalah untuk mempromosikan restoran tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial terkejut apabila melihat gambar berkenaan dan menyangkakan Apek kini bergelar tukang masak.

“Terkejut saya, ingat Apek dah betul-betul jadi tukang masak selepas tidak bermain dengan Harimau Malaya, mujur untuk promosi sahaja,” kata Jo Bangsar.

“Kalau betul dia jadi tukang masak saya rasa dia memang pandai memasak sebab berketurunan Siam. Orang Pantai Timur kan pandai memasak, apapun semoga Apek berjaya dalam mana-mana bidang (disertainya),” kata Shamsul Pahmi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI