fbpx

Garis panduan tangani buli, gangguan seksual dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bergambar kenangan (depan, tengah) bersama warga KPM serta warga SM Sains Tun Syed Shahabudin di Bukit Mertajam, hari ini

SEBERANG PERAI – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual di Institusi Pendidikan bagi menjelaskan tatacara pengurusan yang betul bagi menangani kedua-dua tingkah laku tersebut.

Pada masa sama, garis panduan itu turut menjelaskan mengenai peranan yang dimainkan oleh semua pihak yang berkenaan termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, agensi awam dan swasta dalam mendepani isu berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam hal ini, pihaknya berterima kasih kepada jawatankuasa khas yang dilantik untuk tujuan itu selain rakan sinergi yang banyak membantu dalam urusan pengendalian salah laku buli dan gangguan seksual terbabit.

“Jadi, kita doakan dan berikan sepenuh komitmen bagi melaksanakan kedua-dua garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

“Apa yang menjadi keutamaan kita adalah teras utama yang kita sebut sebagai ‘karamah insaniah’ ini dapat kita terapkan dalam penumpuan garis pelancaran ini untuk memelihara ‘human dignity’ atau maruah manusia dan penindasan terhadap maruah ini tidak akan berlaku lagi dalam ekosistem sekolah kita.

“Ini komitmen besar dan sebab itu juga saya sebut bahawa tiga ‘dosa besar’ di peringkat KPM iaitu ‘buli, gangguan seksual dan perkauman’ ini tidak akan kita kompromi dalam KPM. Insya-Allah, semoga kita semua diberi kekuatan untuk melaksanakan garis panduan ini dengan kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik yang diadakan serentak bersama pelancaran kedua-dua garis panduan itu di Sekolah Menengah (SM) Sains Tun Syed Shahabudin, Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, garis panduan bagi kedua-dua salah laku itu akan digunakan di semua institusi pendidikan di bawah KPM yang bukan sahaja membabitkan sekolah, namun turut meliputi kolej matrikulasi, kolej vokasional, institut pendidikan guru (IPG) dan lain-lain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI