fbpx

Jiran toksik, tiada masa punca tidak bertegur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sikap segelintir penghuni kediaman di bandar yang dilihat tidak lagi mengamalkan semangat kejiranan kini menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Boleh dikatakan keadaan pada masa kini jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan keakraban antara masyarakat dahulu yang mesra selain mementingkan hubungan baik dengan jiran tetangga.

Semalam Kosmo! melaporkan hampir sejuta rakyat Malaysia didapati tidak pernah bersemuka dengan jiran-jiran dalam tempoh sebulan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, seramai 958,808 orang atau 6.5 peratus daripada 14.8 juta responden mengaku tidak pernah mempunyai inte­raksi bersemuka dengan jiran

Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata orang ramai berkongsi masalah yang sama apabila isu ini dibangkitkan, malah majoriti daripada masyarakat mempunyai kekangan masa sehingga tidak mempunyai peluang untuk bertegur sapa.

“Kami sibuk bekerja, masing-masing selepas subuh dah keluar, balik pula masing-masing tak sama waktu. Sampai rumah saja semua nak cepat rehat. Tak sempat lah nak bertegur kecuali kalau terserempak dekat pagar,” kata Che Orkid.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat persekitaran yang negatif dan toksik juga menyumbang kepada faktor sesetengah mereka tidak mempunyai hubungan baik dengan jiran tetangga.

“Kadang-kadang kalau dah bertahun tak bertegur rasanya jiran itu yang toksik. Lagi baik tak perlu nak tegur, banyak mulut je manis sekarang ini tetapi hati entah siapa tahu. Kalau tak percaya pasang lah CCTV kat rumah baru tahu jiran kita jenis macam mana,” ulas Serina.

“Depan kita manis mulut, akhirnya dapat tahu itu, ini dia bercakap tentang kita. Itu yang menjadi tawar hati. Lebih baik bawa hal masing-masing,” komen Zarina.

Turut berkongsi pengalaman yang sama ialah Yunus yang turut mengalami pengalaman yang sama akibat kekangan waktu bekerja yang tidak selaras.

“Kadang-kadang jiran balik kerja dah malam. Keluar kerja pagi buta, tak sempat nak bertegur,” tulisnya.

“Bukan tak nak tegur tetapi masing-masing sibuk kerja pergi awal dan balik lewat. Tetapi kalau ternampak jiran saya senyum saja,” luah Min Mustapha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI