fbpx

Pencuri kabel pecut kereta rempuh bangunan Kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta suspek selepas terbabas merempuh bangunan Kemas di Jasin, Melaka, semalam.

JASIN – Empat individu termasuk seorang wanita disyaki melakukan kegiatan mencuri kabel berjaya diberkas selepas salah sebuah kereta dinaiki suspek terbabas ketika cuba melarikan diri di sini, semalam.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 23 hingga 33 tahun dan wanita 42 tahun itu ditahan sepasukan anggota peronda kira-kira pukul 5.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan, Ahmad Jamil Radzi berkata, kegiatan suspek dikesan oleh pasukan ronda cegah jenayah Balai Polis Merlimau selepas mendapati kabel Telekom Malaysia (TM) telah dipotong di tepi Jalan Melaka-Muar.

“Pasukan peronda telah menghubungi juruteknik TM untuk mengesahkan kabel yang cuba dicuri dan dalam masa sama sebuah kenderaan jenis BMW muncul di lokasi.

“Pemandu kemudian bertindak memecut kereta sehingga terbabas dan melanggar tembok bangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dekat sini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, dua suspek di dalam kereta tersebut telah ditahan dan hasil soal siasat telah membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang menaiki kereta berasingan jenis Proton Saga.

“Kesemua suspek yang datang dari Kajang, Selangor itu dipercayai cuba mencuri kabel dan didapati kabel milik TM Tech talian bawah tanah bersaiz 400 pair sepanjang kira-kira 175 meter bernilai dianggarkan RM30,000 telah mengalami kerosakan.

“Semakan rekod kesalahan lampau mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah,”ujarnya.

Ujarnya, kesemua suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini hingga 25 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI