fbpx

Beri 50 peratus peruntukan Jasa kepada Sabah- Wilfred Tangau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, peruntukan yang terlalu besar untuk Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa) dilihat sebagai satu usaha ‘politicking’ daripada pihak kerajaan.

Katanya, ia merupakan satu percubaan menggunakan duit pembayar cukai untuk tujuan berpolitik yang bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak menghentikan permainan politik.

“Tuaran meminta kerajaan memansuhkan sahaja Jasa, dan peruntukan 85.5 juta tersebut diagih-agihkan kepada negeri-negeri yang sangat memerlukan peruntukan pembangunan.

“Tuaran meminta 50 peratus daripada peruntukan tersebut diberikan khas kepada Sabah memandangkan Sabah berisiko menjadi Wuhan atau Milan di Malaysia,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen hari ini.

Ujarnya, Sabah masih ketinggalan dari segi prasarana kesihatan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

“Contohnya, Sabah mempunyai bilangan katil hospital yang paling rendah, terlalu sikit bilangan kakitangan profesional untuk mengendalikan prasarana kesihatan dan menerima peruntukan menaiktaraf kesihatan paling rendah,” katanya.

Katanya, Sabah hanya mampu mengambil 2,500 sampel Polymerase Chain Reaction (PCR) Covid-19 sehari berbanding 4,000 hingga 7,000 sehari sampel yang diterima dalam sehari di negeri itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI