fbpx

Baderulhisham dilantik Pemangku Ketua Polis Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baderulhisham (kanan) menerima tongkat kuasa daripada Surina (kiri) sambil disaksikan Aidi di IPK Perlis di sini hari ini.

KANGAR – Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin kini memangku jawatan Ketua Polis Perlis selepas majlis serah terima tugas yang berlangsung di sini hari ini.

Menurut Baderulhisham, beliau akan meneruskan legasi yang telah dirancang dan dijalankan semasa pentadbiran ketua polis sebelum ini, Datuk Surina Saad.

“Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan kerana memberi kepercayaan kepada saya memangku jawatan ini dan akan menjalankan amanah ini dengan sebaik mungkin sehingga Ketua Polis Perlis baharu dilantik.

“Datuk Surina telah mewujudkan satu landskap yang sangat cantik dengan memberi tumpuan kepada keselamatan sempadan, pencegahan jenayah dan lain-lain dan mungkin akan ditambah baik dalam beberapa perkara lagi,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu majlis serah terima tugas itu berlangsung di antara Surina dan Baderulhisham sambil disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, Datuk Seri Aidi Ismail di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Sementara itu, Surina yang akan bersara wajib pasa Ahad ini berkata, sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Perlis, terlalu banyak peristiwa dan kenangan yang sukar dilupakan.

“Semasa saya mula-mula berkhidmat di sini, antara peristiwa besar yang diingati adalah saya diuji dengan insiden serangan maut terhadap anggota Pasukan Gerakan Am di sempadan Padang Besar serta memantau Perintah Kawalan Pergerakan negeri semasa pandemik Covid-19 l.

“Selain itu, beberapa program dan operasi pencegahan jenayah melibatkan penggunaan ketum dalam juga turut dilancarkan bagi membanteras aktiviti tersebut selain penyeludupan di negeri ini,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI