fbpx

Jambatan Tekalit-Musah di Sarawak runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keaadaan jambatan yang dikongsi di Facebook Alexander Nanta Linggi.

PETALING JAYA – Sebuah jambatan di Jalan Tekalit-Musah di Song, Kapit dilaporkan runtuh kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, pihaknya telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sarawak bagi memastikan tindakan segera diambil.

“JKR Negeri Sarawak telah menutup jalan berkenaan bermula malam tadi selain memasang papan tanda amaran dan peranti keselamatan.

“Saya mengambil maklum dan mendapatkan maklumat segera daripada pegawai di lapangan serta turun padang untuk melihat sendiri keadaan di sana tengah hari ini. ” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tambah Ahli Parlimen Kapit itu, perkara tersebut turut dipanjangkan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Doughlas Uggah Embas yang juga Menteri Insfrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan untuk tindakan selanjutnya.

“Langkah ini adalah bagi mempercepatkan tindakan dan urusan untuk membaik pulih kerosakan jambatan yang berada di laluan jalan negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI