fbpx

Pelanggan tinggalkan nota, tegur masakan tom yam tiada rasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesanan yang ditinggalkan pelanggan tersebut.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan rasa masakan panas yang dipesannya di sebuah kedai makan, seorang pelanggan bertindak untuk menegur dengan meninggalkan sekeping nota di atas meja.

Menurut hantaran Makan Sedap di Facebook, pelanggan tersebut mengadu mengenai rasa masakan panas tom yam yang kurang rasa berbanding sebelumnya.

“Sudah dua kali saya datang, dua-dua datang tak sedap macam dulu dah. Tom yam apa ini, tak ada rasa masam, pedas, manis, lemak. Cuma rasa udang kering je lebih, sedihnya,” tulis pelanggan itu di dalam satu nota.

Cara teguran yang dibuat oleh pelanggan tersebut dilihat lebih sopan dan berlapik selain dapat menjaga air muka pengusaha kedai makan itu.

“Siapa nak tegur tetapi malu-malu boleh buat surat macam ini. Harap dia masak sedap sikitlah selepas ini, tulis bukan main lagi macam ini. Tegur sebab sayang, jangan salah faham,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan beradab yang diambil pelanggan tersebut selain ia dapat mengelakkan sebarang pertelingkahan antara penjual.

“Buat macam ini pun bagus, bagi dekat tauke sendiri. Tetapi harap-harap dapat terima dengan hati terbukalah. Ya lah, pelanggan bukannya marah dengan memalukan tauke dan staf kedai makan pun kan,” komen Ga Su.

“Lebih baik teguran macam ini jadi tuan kedai yang sendiri tahu masalah masakkan dia dari kita tegur depan-depan aibkan saja,” kata Ibrahim Ayim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI