fbpx

Penghuni Medan 88 beri kerjasama baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat salah seorang daripada 126 penghuni yang menjalani saringan Covid-19 di Medan 88, BBST hari ini. Foto NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Seramai 126 penghuni dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) mulai menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat.

Ini berikutan arahan pihak berkuasa sebelum ini yang mengarahkan penghuni terdiri majikan setiap premis dan pekerja kedai serta pejabat di Medan 88 tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketetapan menjalani ujian saringan selama dua hari itu bermula hari ini dari pukul 8 pagi hingga 1 petang.

Pihak berkuasa menjangkakan seramai 126 orang akan tampil menjalani ujian tersebut hari ini.

Tinjauan Kosmo! di kawasan itu mendapati, rata-rata penghuni di Medan 88 memberi kerjasama yang baik.

Kebanyakannya tampil menjalani ujian saringan berkenaan seawal pukul 8 pagi secara berperingkat.

Difahamkan, kedai runcit yang dibuka hanyalah untuk penghuni Medan 88 membeli barangan asas bagaimanapun waktu operasi ditetapkan sehingga pukul 2 petang.

Sementara itu, seramai lapan lagi penduduk di Medan 88 BBST yang menghilangkan diri dari kawasan itu dilaporkan sudah pulang menyerah diri semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, setakat ini, seramai 42 penduduk sudah pulang.

“Setakat ini jumlah penduduk yang direkodkan adalah seramai 383 individu termasuk dua warga tempatan yang pulang selepas selesai menjalani rawatan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

PKPD di kawasan  itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula 12 November lalu sehingga 25 November membabitkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 penduduk. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI