fbpx

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan di Kedah yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Langkawi, Yan dan Kuala Muda.

Ujarnya, beberapa kawasan di Perak seperti Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim turut diramal cuaca yang sama.

“Di Selangor kawasan yang dijangka hujan lebat dan ribut petir adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak,” katanya.

Tambahnya, seluruh Pulau Pinang turut diramal ribut petir diikuti dengan Sabah (Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kudat)).

Jelasnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI