fbpx

Kerajaan kekal tak sertai Statut Rom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Kerajaan masih mengekalkan pendirian terdahulu untuk tidak menyertai Statut Rom.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pendirian untuk menarik semula daripada menyertai Statut Rom dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) pada 2019 menerusi surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Malaysia telah menyertai Statut Rom pada 4 Mac 2019. Walau bagaimanapun, kerajaan PH terdahulu telah memutuskan pada 5 April 2019 supaya Malaysia menarik balik penyertaan negara kita ke Statut Rom.

“Sehubungan itu Malaysia telah dikeluarkan secara rasmi daripada senarai negara pihak kepada Statut Rom,” katanya ketika menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) pada sesi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pagi tadi.

Maria ingin kerajaan menyatakan kedudukan terhadap Statut Rom dan kebarangkalian kerajaan akan bersetuju menganggotai Mahkamah Jenayah Antarabangsa dalam masa yang terdekat.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengadakan perbincangan awam mengenai perkara tersebut, ujar Kamarudin, kerajaan menerusi Kementerian Luar akan sentiasa memainkan peranan aktif di peringkat antarabangsa untuk memperjuangkan isu-isu kemanusiaan seperti isu Palestin dan Rohingya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI