fbpx

Itu hak PM lantik siapa Menteri KPDN baru – Mohamad 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika sidang akhbar di Agrobazar Kedai Rakyat Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Pelantikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang kosong sejak dua bulan lalu selepas kematian Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub diserahkan kepada sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini merupakan sebarang pelantikan menteri adalah hak Anwar.

“Itu tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu Hak Perdana Menteri hendak lantik siapa,” katanya ringkas selepas lawatan pelan intervensi pengedaran Beras Putih Tempatan (BPT), hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua ahli Parlimen Amanah disebut-sebut akan mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN iaitu Ahli Parlimen Alor Gajah yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahar dan Ahli Parlimen Kuala Slangor, Datuk Seri Dr. Dzulkey Ahmad.

Jawatan Menteri KPDN ketika ini dipangku sementara oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali serta dibantu Timbalan KPDN, Fuziah Salleh.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, pada jam 9.23 malam pada 23 Julai lalu ketika dirawat di unit rawatan rapi HSB. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI