fbpx

Pemandu e-hailing dikecam guna ‘headphone’, tengok YouTube sewaktu memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu e-hailing tular didakwa menggunakan telefon bimbit untuk menonton YouTube ketika memandu.

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing didakwa menggunakan telefon bimbit termasuk melayari laman media sosial ketika memandu sekali gus dikecam orang ramai apabila perbuatan tersebut membahayakan nyawa penumpang termasuk pengguna kenderaan lain.

Situasi tersebut dilalui seorang pengguna media sosial yang menceritakan kejadian itu dengan memuat naik gambar dan video pada Twitter semalam.

Individu itu memberitahu, pada mulanya dia berasa ‘sejuk hati’ apabila terlihat papan tanda luahan hati anak pemandu itu yang mengharapkan penumpang memberikan ‘rating’ lima bintang.

Dalam masa sama, pemandu tersebut turut menyediakan gula-gula kepada penumpang yang boleh diambil secara percuma.

“Lepas lapan minit pertama perjalanan, tiba-tiba apa si pemandu buat…dia ada dua telefon. Satu untuk aplikasi e-hailing, satu untuk dia tengok YouTube. Okay tak apa, tapi nak dijadikan cerita, dia buat hal.

“Dia siap pakai ‘headphone’ dan mula pakai sepanjang perjalanan. Mulanya aku okay lagi. Tapi yang sakit hati, bawa perlahan sebab mata tengok YouTube, Tiktok. Siap ‘scroll’ masa tengah memandu.

“Siap tekan ‘forward’ nak dapatkan ‘scene’ yang dia nak, sambil memandu tekan minyak. Dah berapa kali bawa kiri kanan masuk lorong lain,” katanya menceritakan situasi tersebut.

Dia mendakwa, kerana leka menonton YouTube, pemandu tersebut tersilap masuk ke lorong di sebuah bangunan dengan laluan itu adalah sehala serta perlu memandu berpatah semula.

“Situ saja dah habis 11 minit sebab jalan sempit muat satu kenderaan,” katanya yang memberikan ‘rating’ satu bintang serta melaporkan kejadian itu kepada pihak syarikat e-hailing.

Menjengah ruangan komen, ada pengguna Twitter mendakwa berdepan pengalaman sama dengan pemandu tersebut.

“Saya pun dapat pemandu yang sama tiga hari lepas. Hampir nak kemalangan hari tu. Tapi kasihan tengok ada gambar dia dengan anak-anak. Jadi tak sampai hati nak bagi kurang ‘star’.

“Yup. Pakai ‘headphone’. Tengok YouTube anime. Hampir ‘accident’ sebab dia buat ’emergency break’. Saya dah lah lambat nak masuk kerja. Dia cakap ‘sorry’ lepas tu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI