fbpx

LLP bawa masuk 10 tan beras putih tempatan ke Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri turut melakukan intervensi bekalan beras putih tempatan apabila mengedarkan sebanyak 10 metrik tan bahan makanan itu di Perlis, hari ini.

Pengarah LPP negeri, Roshidah Ahmad berkata, pihaknya telah memesan beras putih tempatan (BPT) jenama Jati dari Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah.

“Kumpulan pertama penghantaran beras tersebut dijangka tiba hari ini dan sebanyak 600 kampit beras putih tempatan akan dijual di Peladang Outlet (PO) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri,” katanya ketika ditemui di pejabat LPP, hari ini.

Tambahnya, baki sebanyak 400 kampit lagi akan dijual di PO PPK Padang Siding dan pihaknya menghadkan dua kampit beras untuk setiap pembelian.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebanyak 700 metrik tan beras putih tempatan dibekalkan Pejabat Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dan 10 tan metrik oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri.

Menurut Roshidah, tindakan intervensi itu dilakukan susulan arahan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) kepada semua agensi dibawah kementerian memastikan agar bekalan beras putih tempatan sentiasa ada di pasaran.

“Dua premis Peladang Outlet di Perlis adalah sebahagian daripada 40 premis di bawah seliaan LPP yang terlibat secara langsung dalam Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) bagi tujuan pengedaran BPT kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya, dengan mensasarkan 300 metrik tan BPT pada harga kawalan.

“LPP melalui PO yang terpilih bersedia dalam membantu kerajaan dalam memasarkan BPT secara berperingkat untuk memenuhi keperluan PO dan seterusnya menjamin ketersediaan bekalan BPT di pasaran tempatan,” katanya.

Tambah Roshidah, selain pengedaran di premis PO, LLP juga akan mengadakan jualan terus pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri yang akan berlangsung pada 29 September hingga 1 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI