fbpx

Nahas Putrajaya: Kami sudah rancang bertunang – Teman wanita arwah Faris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farah ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya, hari ini. Foto MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – “Kami sudah rancang untuk bertunang tahun depan tetapi tidak menyangka Allah SWT lebih menyayanginya.”

Itu kata-kata Farah Atikah Bakti, 24, teman wanita kepada arwah Faris Haziq Abu Bakar.

Farah ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya, hari ini berkata, dia merancang untuk melangsungkan majlis pertunangan bersama arwah, tahun depan.

Menurutnya, dia sudah mengenali arwah sejak lima bulan lalu melalui laman sosial Facebook dan menyifatkan arwah sebagai seorang yang suka bergurau.

“Kami sudah sepakat untuk melangsungkan majlis pertunangan tetapi selepas selesai majlis pernikahan kakak arwah, Fatin Hamimi, 27, yang dijadual 29 Oktober ini,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, kali terakhir dia berhubung dengan arwah pukul 9.50 pagi semalam malah, arwah juga tidak menghubungi pada pukul 12 tengah hari semalam, seperti yang biasa dilakukan setiap hari.

Farah yang juga jururawat di Hospital Putrajaya berkata, dia mengetahui arwah maut dalam nahas itu kira-kira pukul 6 petang selepas dimaklumkan kakak arwah.

“Ketika bertugas, saya mula siasat siapa yang maut dalam nahas itu kerana mayat akan di bawa ke hospital ini. Ketika itu, saya hanya dapat tahu identiti seorang lagi mangsa.

“Saya dapat tahu arwah terbabit nahas selepas melihat video sistem rakaman litar tertutup (CCTV) nahas itu. Saya dapat cam itu motor dia (arwah),” katanya.

Jenazah arwah Faris selesai proses bedah siasat sekitar pukul 12.45 tengah hari tadi dan terus di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Lalang, Semenyih untuk dikebumikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI