fbpx

Dituduh berjudi lumba kuda, ini jawapan Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMEERA Khan sekali lagi menjadi sasaran kecaman netizen apabila membuat perkongsian tentang satu jenama mewah bari-baru ini.

PUTRAJAYA – “Anda nak cakap apa, terpulang”.

Demikian jawapan ringkas pensohor media sosial, Nur Ameera Khan yang juga adik bekas pengacara popular, Neelofa berhubung dakwaan berjudi lumba kuda di luar negara.

Enggan mengulas lanjut, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan bagaimanapun tidak melatah apabila namanya kembali tular susulan muat naik foto menghadiri sebuah acara lumba kuda sewaktu berada di luar negara baru-baru ini.

Akuinya lagi, setiap orang boleh memberi sebarang tanggapan berbeza hanya bersandarkan hantaran yang dimuatnaik dalam laman sosialnya.

“Pilihan saya adalah membuat perkongsian (video atau-gambar) . Apa sahaja yang anda mahu ambil daripada perkongsian itu, terpulang.

“Apa yang saya kongsi dalam Instagram (IG) untuk anda lihat, itu sahaja.

“Kerja saya hanya untuk berkongsi. Saya tidak kisah,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kolaborasi Disney x Naelofar, semalam.

Sementara itu, ibunya, Datin Noor Kartini yang hadir pada majlis sama turut mempertahankan anaknya daripada tuduhan liar tersebut.

Noor Kartini berkata, dia berbangga anak-anaknya masih tahu menjaga diri dan tidak mempunyai masalah sosial biarpun pernah menjejakkan kaki ke tempat yang tidak baik.

“Kita kena faham acara dan tempat perjudian itu berbeza. Apa yang Ameera bawa, sebenarnya beg jenama mewah. Kita kena tahu sejarah di sebalik sesebuah jenama itu.

“Kadang-kadang rasa geram sebab macam mereka tidak faham fesyen, jenama dan sejarah di sebalik barangan berkenaan.

“Alhamdulillah, tiada siapa boleh lihat anak-anak saya ada di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, shisha, vape dan lain-lain.

“Itu yang buat mama boleh rasa bangga. Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang pergi ke tempat perjudian dan lakukan perbuatan seperti yang didakwa.

“Kami tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian.

“Kalau nak cakap fasal lain, saya rasa semua orang melalui fasa tersendiri seperti pada usia remaja, dewasa dan matang. Ada perubahan dalam kehidupan, tiada orang yang keluar terus sempurna.

“Kita pun kenal siapa keluarga, tahu anak kita siapa,” katanya lagi.

Terdahulu, tindakan Ameera memuat naik foto sedang memegang sekeping kertas berupa tiket sebuah acara dengan kapsyen seolah-olah sedang melakukan sejenis pertaruhan mengundang kecaman ramai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI