fbpx

Dewan Negara: Rakyat Terengganu umpama ular tedung – Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris menyifatkan rakyat Terengganu umpama ular tedung apabila ditepuk ia akan `berdiri’.

Menurut beliau, begitu juga rakyat Terengganu apabila mereka semakin ditekan, mereka akan jadi semakin amarah.

“Takdir pilihan raya 32-0 (keputusan Pilihan Raya Negeri Terengganu), jadi paip air pun buka tak laju. Nak buat macam mana, tetapi saya nak beritahu satu rahsia rakyat Terengganu.

“Semakin ditekan makin amarah. Sama macam ular tedung ditepuk makin `naik’,” katanya pada perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Negara hari ini.

Sehubungan itu, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa supaya pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu disegerakan.

“Jadi nak keselesaan, permudahkan wang royalti minyak atau wang ehsan atu apa nama sekali pun patut diberi, berikan dengan kadar segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI