fbpx

Lapangan Terbang Changi bebas pasport 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN di dalam terminal Lapangan Terbang Changi dirakam pada 7 Disember 2022. – AFP

SINGAPURA  – Lapangan Terbang Changi akan memperkenalkan sistem pelepasan  imigresen dan laluan  automasi yang membolehkan penumpang meninggalkan Singapura tanpa pasport dengan hanya menggunakan data biometrik pada 2024, lapor saluran berita CNN.

“Singapura akan menjadi segelintir negara pertama dunia yang akan memperkenalkan pelepasan imigresen automasi tanpa pasport,” kata Menteri Komunikasi, Josephine Teo dalam satu pengumuman semasa sidang Parlimen Isnin lalu.

Teknologi biometrik bersama perisian pengecaman wajah sudah digunakan di laluan automasi dan pos pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Changi.

“Bagaimanapun, perubahan itu akan mengurangkan keperluan untuk penumpang berulang kali menunjukkan dokumen perjalanan mereka di tempat pemeriksaan sekali gus menjadikan pemprosesan penumpang lebih lancar serta  selesa,” kata Teo.

Biometrik sebaliknya digunakan untuk mewujudkan ‘token pengesahan tunggal’  yang akan digunakan di pelbagai tempat pemeriksaan termasuk pelepasan imigresen dan menaiki pesawat.

Sistem tersebut menghapuskan keperluan untuk dokumen perjalanan fizikal seperti pas menaiki pesawat dan pasport.

Bagaimanapun, pasport masih diperlukan untuk kebanyakan negara di luar Singapura yang tidak menawarkan pelepasan bebas pasport, kata Teo.

Kerap kali tersenarai sebagai lapangan terbang terbaik dan antara paling sibuk di dunia, Lapangan Terbang Changi melayan lebih 100 penerbangan yang berlepas ke 400  bandar merangkumi 100 negara serta wilayah di seluruh dunia.

Lapangan terbang itu mengendalikan seramai 5.12 juta penumpang pada Jun lalu, pertama kali melepasi angka 5 juta sejak Januari 2020 apabila pandemik Covid-19 melanda. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI