fbpx

Penghantar e-mel ancaman bom di BNM diburu – Allaudeen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat sumber e-mel yang mendakwa terdapat ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada seorang pegawai BNM yang menerima e-mel ancaman tersebut.

“Sejurus terima laporan, kita telah menggerakkan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) untuk bertindak segera bagi mengesan keberadaan bahan letupan tersebut.

“Selesai dua jam membuat pemeriksaan dan pembersihan, pihak kami mendapati tiada sebarang bahan letupan di kawasan itu sekali gus premis itu bersih (tiada bahan letupan),” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut Allaudeen, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

“Kita akan siasat sumber e-mel tersebut dan akan dapat bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi menjejakinya.

Semalam media melaporkan, pihak polis menerima satu laporan polis berhubung ancaman bom di Bank Negara Malaysia (BNM), di sini.

Menurut Allaudeen, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 3 petang.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang dijalankan UPB tidak menemui sebarang objek mencurigakan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI