fbpx

Kasim Samat dipilih sekali lagi calon PN DUN Pelangai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUAN IBRAHIM (tiga dari kiri) mengumumkan Kasim Samat (dua dari kiri) sebagai calon PN bagi PRK DUN Pelangai di Bentong.

BENTONG – Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat, 62, yang menjadi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 dipilih sekali lagi sebagai calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan berlangsung pada 7 Oktober depan.

Nama beliau diumumkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya dan pengumuman calon PN PRK N36 Pelangai di Simpang Pelangai di sini malam tadi.

Tuan Ibrahim, berkata, Pas menerima tiga nama untuk dipilih sebagai calon dan dibawa kepada Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, dari segi syarie, Majlis Syura Ulamak mendapati ketiga-tiga nama itu layak lalu parti mempertimbangkan yang terbaik daripada kalangan mereka.

“Lalu parti bincang semua terbaik, siapa hampir dengan pengundi sebab dia nak jaga rakyat. Jadi kita pilih calon dari Pelangai yang bergelumang dengan tuan-tuan, bukan yang lahir di sini tetapi duduk di Kuala Lumpur atau tempat lain.

“Saya dengan ini mengumumkan calon yang telah disepakati oleh PN yang akan bertanding di N.36 Pelangai, Cikgu Kasim Samat,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI