PETALING JAYA – Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan dilantik sebagai Peguam Cara baharu berkuat kuasa 2 Oktober depan.
Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 Tahun 2023.
Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Suzana Atan pula dilantik sebagai Peguam Cara ll.
“Pelantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 2 Oktober depan.
“Seluruh warga Jabatan Peguam Negara mengucapkan tahniah atas pelantikan ini,” katanya di sini semalam.
Terdahulu, jawatan Peguam Cara disandang oleh Ahmad Terrirudin sebelum beliau menggantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai yang tamat tempoh lantikan sebagai Peguan Negara secara kontrak pada 5 September ini.- KOSMO! ONLINE