fbpx

Nahas bas ekspres: Panggilan telefon maklum kematian adik umpama mimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norbi menunjukkan gambar arwah adiknya yang maut dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh, Kuala Lipis awal pagi tadi. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KUALA KRAI – Kakak anggota bomba yang terkorban dalam nahas bas ekspres di Kuala Lipis, Pahang pagi tadi menyifatkan panggilan berhubung kejadian itu umpma mimpi.

Norbi Mat. Noor, 58, berkata, pada awalnya, dia tidak mempercayai panggilan pada pukul 5.30 pagi itu sebelum mendapatkan pengesahan daripada adik bongsunya.

Menurut wanita itu, selepas beberapa minit, dia mula mempercayai bahawa adiknya, Shukri Mat Noor, 55, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai meninggal dunia  dalam kemalangan tersebut.

“Ketika kejadian, arwah adik dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama seorang rakannya dikenali Ustaz Zul yang berusia 56 tahun.

“Sebaik mengetahui perkara itu, saya dan keluarga yang tinggal di Kampung Besut, Terengganu segera bertolak pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di Guchil 4 di sini, hari ini.

Norbi memberitahu, kali terakhir dia bertemu arwah Shukri bersama adik-beradik lain dua minggu lalu sewaktu pulang ke Kampung Mengkebang.

Katanya, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan kerana dia seorang yang pendiam. Mereka sekeluarga bagaimanapun tidak mengetahui tujuan arwah ke ibu negara hari ini.

“Mungkin dia mempunyai urusan di sana (Kuala Lumpur),” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang pemandu dan dua penumpang bas ekspres dua tingkat maut selepas kenderaan mereka naiki terbabas dan melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Rusa, Merapoh, Kuala Lipis hari ini.

Nahas pada pukul 1.50 pagi itu mengorbankan pemandu bas, Ab. Aziz Daud, 56, Shukri dan warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI