fbpx

Seludup dadah dalam tin biskut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pun Sian (tengah) dalam sidang akhbar cubaan penumpang menyeludup masuk dadah jenis kokain bernilai RM 1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini, hari ini. -Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Cubaan seorang penumpang wanita warga Eutopia menyeludup dadah jenis kokain dalam tin biskut tidak berjaya apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 14 September lalu.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu diberkas pada pukul 7.15 malam, sejurus tiba dari Lapangan Terbang Addis Ababa, Ethiopia.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Wong Pun Sian berkata, pihaknya merampas sebanyak 211 kapsul berisi serbuk putih dipercayai kokain seberat 4.594 kilogram (kg) bernilai RM918,000.

Beliau berkata, ketika diperiksa, mesin pengimbas mengesan objek dan imej kehijauan yang mencurigakan di dalam tiga tin biskut milk penumpang tersebut.

“Siasatan awal mendapati dadah itu diterima suspek dari Lapangan Terbang Addis Ababa untuk diseludup masuk ke negara ini.

“Modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah dalam tin biskut jenis aluminium atau besi bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pun Sian berkata, sekiranya terlepas ke pasaran, dadah itu boleh digunakan oleh seramai 23,000 penagih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI