fbpx

Dulu penagih syabu, kini ‘tauke’ kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Radzi ketika ditemui semasa kunjungan media dan AADK di kediamannya di Tanjong Karang. FOTO: AFIQ RAZALI

KUALA SELANGOR – Detik hitam seorang cef terjebak dalam kancah dadah selama 17 tahun menjadi pengalaman menakutkan sehingga kehabisan wang dan pitam.

Kini, segalanya berubah apabila Mohd. Radzi Abu Kassim, 39, bergelar usahawan ternakan kambing dan lembu hasil bimbingan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak lima tahun lalu.

Bapa kepada lima anak itu berkata, dia mula terjebak mengambil syabu ketika bekerja sebagai cef sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 2001.

“Pada waktu itu, saya masih muda dan mudah terpengaruh dengan rakan sebaya untuk mengambil bahan larangan tersebut.

“Saya ambil dadah kononnya untuk mendapatkan tenaga, namun akhirnya menjadi ketagihan melampau,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Sungai Kajang, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelas lelaki itu, penghijrahnya bermula selepas dia rebah akibat pengambilan dadah ketika berniaga di bazar Ramadan pada tahun 2018.

Mohd, Radzi bagaimanapun bersyukur lerana masih diberi peluang memulakan hidup baru dengan mengusahakan perniagaan ternakan itu bersama abangnya.

“Alhamdulilah, perniagaan kami di bawah jenama Dopper Grill berjalan lancar. Setakat ini kami menternak lebih 70 lembu dan 20 kambing termasuk biri-biri.

“Secara purata, kami menjual lebih 600 kilogram daging dalam sebulan sama ada secara perapan atau tempahan memasak secara terus,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI