fbpx

Caprice sanggup beri 40 juta rupiah janji Ustaz Derry tak tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mendakwa bapa Mondy sudah termakan cerita rekaan dibuat bekas artis Indonesia, Ustaz Derry mengenai pembohongan wanita bertatu itu sehingga lelaki terbabit berulang kali memohon maaf kepada pendakwah Ebit Lew.

Katanya, video kononnya komunikasi antara ustaz itu dengan wanita tersebut sengaja dibangkitkan bagi membuat seorang ayah rasa bersalah dengan sikap si anak yang menipu demi mengejar wang.

“Bapa mana yang tidak terkejut apabila dapat tahu anaknya menipu demi mendapatkan wang,” katanya merujuk susulan permohonan maaf dibuat lelaki dipercayai bapa kepada pempengaruh tersebut dalam TikTok Ustaz Derry.

Katanya lagi, mereka tidak menonton siaran langsung berkenaan kerana telefon bimbit tidak boleh dibawa masuk ke bilik keterangan sekali gus tidak mengetahui adanya siaran berkenaan pengakuan pembohongan Mondy.

“Apabila bapanya melihat perbualan itu, orang tua mana yang tidak menangis sedangkan bukti yang ditunjukkan adalah rekaan dan fitnah.

“Malam tadi saya maklumkan pada Ustaz Derry yang saya sanggup beri 40 juta rupiah untuk dia buat video mendedahkan perbualan mereka termasuk mempamerkan nombor telefon kepada umum.

“Dia cuba buat apa yang diminta tapi nombor yang tertera berbeza dan telah memadamnya. Dia muat naik semula tapi nama pula lain dengan apa yang dikongsikan sebelum ini. Akhirnya semua bukti dipadam.

“Kenapa orang yang ada bukti sanggup memadam semua itu. Kalau ada bukti kenapa nak sembunyikan, kecuali ada sebab iaitu mahu sorokkan kebenaran atau menganiaya mangsa,” katanya lagi.

Mengulas mengenai persoalan bapa Mondy yang mendakwa Caprice tidak meminta izin untuk membawa anaknya ke Malaysia, Caprice berkata, wanita itu sudah dewasa dan berstatus isteri orang.

“Mondy tidak perlukan izin kerana telah cukup dewasa selain selama ini hidup sebagai budak jalanan, tak perlu minta izin ibu bapanya. Saya sudah minta izin suami Mondy mahu bawa dia datang ke sini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang ustaz dari Indonesia yang dikenali Ustaz Derry mendakwa segala kenyataan Mondy Tatto dalam sebuah temuramah di ‘podcast’ adalah bohong.

Selain itu, seorang lelaki dipercayai bapa kepada Mondy Tatto tampil membuat permohonan maaf kepada Ebit Lew atas keterlanjuran anaknya itu.

“Saya mohon maaf atas tingkah laku tutur kata yang tidak sopan (Mondy). Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang telah membantu keluarga saya,” kata bapa Mondy.

Difahamkan perkara tersebut berlaku menerusi siaran langsung  dalam media sosial yang turut disertai pendakwah dari Indonesia itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI