fbpx

Bekas home guard berusia 114 tahun rayu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI memberi bapanya, Mat Ariffin yang terlantar sakit minum susu khas di Kampung Tanjung Buluh, Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Bekas home guard era darurat, Mat Ariffin Mat Deris, 114, yang terlantar sakit tua memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung keperluan membeli susu dan lampin pakai buang.

Mat Ariffin kini tidak mampu lagi bangun dan hanya berbaring di atas katil di rumah anaknya di Kampung Tanjung Buluh di sini sejak empat bulan lalu.

Anaknya, Zulkifli, 50, berkata, dia dan adik-beradik di sini bergilir-gilir menjaga kebajikan bapanya yang tidak lagi mampu bercakap dan meminta sesuatu.

“Kita cuma hanya berbisik ke telinganya sewaktu hendak memberikan susu dan menyalin lampin pakai buang,” katanya.

Menurutnya, bapanya, memulakan perkhidmatan sebagai home guard bermula era Darurat 1948 seterusnya anggota polis di Balai Polis Meranti berdekatan Pasir Mas sebelum merdeka.

Mat Ariffin mempunyai dua isteri, 13 anak berusia antara 45 hingga 76 tahun dan 40 cucu menamatkan tugasnya sebagai home guard setelah pasukan itu dibubarkan pada 1 Julai 1959 apabila pengganas komunis yang bertindak secara gerila meletakkan senjata.

Dalam pada itu, Zulkifli yang bekerja kampung berkata, Mat Ariffin hanya bergantung kepada susu khas serta menggunakan lampin pakai buang.

“Kos perbelanjaan bagi susu dan lamping hampir RM1,000 sebulan. Ayah memerlukan lima tin susu khas dengan harga RM90 setin untuk sebulan selain lampin pakai buang.

Sehubungan itu, Zulkifli me­minta bantuan dan sebarang maklumat boleh menghubungi cucu kepada Mat Ariffin, Mohamad Syafiq Affendi Mat Nawi di talian 014-6058994.

Selain itu, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional iaitu 0610641000035734 (Mat ­Ariffin).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI