fbpx

[VIDEO] Pemancing dakwa joran ‘tersangkut’ pada kapal selam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh pemancing tersebut.

PETALING JAYA – Beberapa individu berdepan detik cemas seketika apabila melihat sebuah kapal selam sedang bergerak berhampiran dengan bot mereka ketika sedang memancing di Pulau Jarak, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Insang Merah Fishing Charter by Lebai Mael di Facebook, pada mulanya kawannya yang sedang memancing mengalami kesukaran untuk menarik joran seolah-olah telah menangkap ikan bersaiz besar.

Namun tidak lama kemudian, mereka melihat sebuah kapal selam timbul di permukaan dan bergerak perlahan berhampiran bot mereka.

Ekoran itu, individu berkenaan mendakwa bahawa joran salah seorang pemancing tersangkut ketika kapal selam lalu di bawah bot mereka.

“Pertama kali tengok kapal selam di perairan Pulau Jarak dan kejadian misteri pada salah seorang pemancing iaitu henjutan yang sangat padu sehingga tidak dapat dikawal,” tulisnya.

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat 5,700 tanda suka, 1,300 komen dan 772 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terkejut melihat kelibat kapal selam tersebut dan meminta pemancing membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Memang susah nampak kapal selam ni. Sebab selalu dia dalam air sahaja,” komen Alif.

“Patutlah bila tarik taku sampai habis rupanya kapal selam yang gigit umpan,” komen Mohamad Shahamin.

“Ada buat laporan tak tentang penampakan tersebut pada pihak berkaitan,risau kemasukan dari luar negara tak dapat tahu,” komen Nazrul pula. – KOSMO! ONLINE

@ingsangmerahkapal selam diperairan jarak selepas dia lalu ada kejadian strike misteri berlaku mungkin agaknye terkena terkena kapal tu kot bila lalu bawah..

♬ bunyi asal – Lebaimael

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI