fbpx

Ini bukan insinerator 90an – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima kiri) ketika melancarkan lori kompaktor baharu KDEB Waste Management.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang membantah pembinaan insinerator baharu di Rawang dekat sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insinerator yang akan dibina itu menggunakan teknologi baharu bagi projek sisa jadi tenaga (WTE) di bawah kendalian KDEB Waste Management.

“Saya akan berbincang dengan pihak yang membantah itu supaya bantahan mereka didengar, tahu kerisauan mereka tetapi teknologi sudah berubah.

“Ini bukan insinerator yang ada pada tahun 90an atau awal 2000. Ini telah berubah dan telah berulang kali terangkan kepada ahli Dewan Negeri terutama dalam sidang dewan,” katanya selepas melancarkan lori kompaktor baharu dan imej korporat KDEB Waste Management, hari ini.

Terdahulu, lebih 20 persatuan komuniti di sekitar Rawang membantah cadangan projek pembinaan insinerator yang akan memberikan impak sosial termasuk bau busuk, kesesakan lalu lintas seterusnya nilai tanah yang akan menyusut susulan kehilangan kawasan hijau.

Amirudin menjelaskan isu berkaitan kitar semula adalah antara ditekankan dengan sistem berkaitannya akan diperkemaskan.

Ujarnya, ini bagi mengurangkan bebanan pengurusan sisa domestik yang semakin hari meningkat.

“Selain itu, kita sedang mencari formula dalam mengenakan caj kutipan pada unit komersial di kampung-kampung.

“Ini apabila mereka termasuk pasar malam membuang sampah dalam dua tong roro disediakan yang akhirnya menjadi lambakan walaupun (sampah) dikutip setiap hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI