Pas akan mengumumkan nama calon daripada parti itu yang akan mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang, malam ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon Pas itu adalah calon anak tempatan yang mempunyai beberapa kriteria boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.