fbpx

JER beras bakal dilaksanakan seluruh Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) pada majlis pelancaran lori kompaktor baharu dan imej korporat KDEB Waste Management, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan melaksanakan Jualan Ehsan Rakyat (JER) dengan memfokuskan kepada beras bagi membantu meringankan beban rakyat negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya akan memanggil wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hari ini bagi mengetahui status bekalan beras di negeri ini.

“Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah bersedia untuk melakukan intervensi (jualan beras).

“Lima lokasi awal (jualan beras cap Ehsan pada harga RM13 dibuat PKPS bermula hari ini) adalah langkah awal. Kalau kita lihat bekalan kritikal, kita akan ubah suai sebahagian JER untuk selesaikan masalah beras.

“Ini sebagai solusi kerajaan negeri untuk membantu menangani kekurangan bekalan beras sampai stabil harga beras atau bekalannya,” katanya selepas melancarkan lori kompaktor baharu dan imej korporat KDEB Waste Management, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya sedang melakukan penstrukturan JER di samping mengkoordinasi bersama KPDN memandangkan kementerian tersebut juga mempunyai Jualan Ehsan Rahmah.

“Di saat susun semula (JER) sebenarnya, kita akan tumpu beras dahulu sementara JER akan cuba dikoordinasikan balik dalam beberapa bulan.

“Kita akan teruskan dengan formula baru sebab Selangor telah membelanjakan subsidi lebih RM20 juta hingga RM30 juta yang telah memberikan manfaat yang besar (kepada rakyat Selangor),” ujarnya.

Namun, Amirudin menegaskan, pendekatan intervensi bersifat sementara dan tidak boleh berkekalan lama kerana tujuannya adalah bagi proses penstabilan bekalan dan harga.

“Sekarang adakah jualan harga ayam telah turun atau stabil, itu semua saya kena dapatkan maklum balas (daripada pihak berkaitan),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bekalan beras Ehsan keluaran PKPS masih mencukupi di Selangor dengan pengeluaran utama adalah di Sekinchan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI