fbpx

Dewan Negara: Industri Elektrik dan Elektronik akan diperkukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) negara yang menyumbang hampir 13 peratus dalam pengujian dan pempakejan cip dunia akan diperkukuh untuk beralih ke rantaian nilai yang lebih tinggi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pembangunan industri E&E negara telah sekian lama tertumpu kepada aktiviti peringkat akhir (back-end) yang kurang memberi nilai tambah.

“Kini, keutamaan akan diberikan kepada aktiviti peringkat awal (front-end) yang bernilai tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu, reka bentuk kejuruteraan dan fabrikasi wafer.

“Syarikat Infineon Technologies dari Jerman telah memberikan komitmen untuk menambah pelaburan berjumlah RM25 bilion di Malaysia. Ini menjadikan kita antara negara terawal di dunia yang akan mengeluarkan Karbid Silikon (SiC) wafer berteknologi termaju,” katanya ketika pembentangan usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Dewan Negara hari ini.

Tambahnya, komitmen syarikat terkemuka seperti Tesla dan Samsung Engineering untuk melabur di Malaysia juga mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan menjana pekerjaan berpendapatan tinggi.

Katanya, dasar Kerajaan yang menggalakkan pembangunan industri E&E telah meningkatkan keyakinan syarikat besar kepada keupayaan teknologi Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI