fbpx

Dewan Negara: Rafizi rakam penghargaan ahli Dewan Rakyat luluskan KSK RMK-12

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada ahli Dewan Rakyat yang telah meluluskan usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 (KSP RMK-12) yang melibatkan keseluruhan peruntukan sebanyak RM415 bilion melalui undian suara selepas Kementerian Kewangan selesai membuat penggulungan semalam.

“Saya bersyukur usul KSP RMK-12 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September lepas telah diluluskan Dewan Rakyat semalam, dan saya juga bersyukur kerana umumnya KSP telah disambut baik oleh semua pihak,” katanya ketika pembentangan usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 di Dewan Negara hari ini..

RMK12, dengan peruntukan RM400 bilion yang dibentangkan pada 27 September 2021 lalu, merupakan fasa pelengkap rancangan pembangunan lima tahun negara (2021-2025) ke arah mencapai status negara maju dan inklusif.

Penyediaan KSP RMK-12 adalah untuk mengukur pencapaian sasaran bagi tempoh dua tahun pertama (2021-2022) serta hala tuju 2023-2025, merangkumi kajian semula sasaran, strategi, inisiatif, program dan projek pembangunan bagi matlamat pembangunan serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan.

KSP RMK12 memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu penilaian dan semakan semula meliputi pencapaian, analisis jurang, cadangan penambahbaikan dan hala tuju.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbahasan KSP RMK-12 akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 25 dan 26 September.

Dalam masa sama, Wan Junaidi turut mengumumkan ahli-ahli Dewan Negara yang mengangkat sumpah semasa Majlis Mesyuarat dalam tangguhan serta mengikut jadual keenam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka yang terlibat adalah Senator Susan Chemerai Anding dan Senator Datuk Mustafa Musa pada 21 Ogos manakala Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengangkat sumpah semalam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI