fbpx

Pegang dada saya, ugut tamatkan kontrak mengacara – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEBRITI Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah beberapa kali berdepan gangguan seksual ketika berada pada zaman kemuncaknya ketika aktif mengacara dan berlakon suatu ketika dahulu. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Selebriti Sarimah Ibrahim mendedahkan pernah berkali-kali menjadi mangsa gangguan seksual semasa aktif sebagai pengacara suatu ketika dahulu.

Tanpa mendedahkan terlalu terperinci Sarimah, 45, berkata, pelaku memegang bahagian dada selain meraba tubuh badannya ketika ingin membaiki mikrofon sebelum rancangan tersebut bermula.

Lebih teruk, individu tersebut merupakan salah seorang kru rancangan dan berstatus suami orang ketika insiden berlaku.

“Saya pernah terkena gangguan seksual semasa berkerja di sebuah set rancangan terkenal.

“Individu tersebut datang menghampiri wajah saya dengan alasan untuk membaiki mikrofon, namun sebaliknya memegang dada saya.

“Dia sempat puji saya cantik ketika itu dan kata kami sangat sepadan jika bersama padahal dia ketika itu adalah suami orang,” kata kepada Kosmo! Online.

Tidak terhenti disitu, individu tersebut juga turut mengajak pelantun lagu Kini Kau Tiada itu bercuti bersama dan mengugut ingin menamatkan kontraknya jika pelawaannya tidak diterima.

“Selepas itu dia kata saya tak boleh dapat sambung musim yang seterusnya sekiranya saya tidak pergi bercuti bersamanya.

“Saya menolak dan saya kata tidak mengapa, saya akan bayar percutian saya sendiri, saya bukan tiada duit,” tuturnya tegas.

Sementara itu, berkongsi lanjut tentang pengalaman gangguan seksual, aktres kacukan Melayu-Ireland itu juga sempat mendedahkan dirinya juga pernah diminta untuk makan malam dan memakai pakaian seksi di hadapan seorang pengarah.

“Pengarah suruh saya masuk bilik untuk pakai baju seksi yang telah disediakan untuk saya pamerkan depan dia dalam bilik itu.

“Saya tanya kenapa saya kena pamerkan di dalam bilik ini bersama pengarah tersebut secara seorang diri, macam pelik saja.

“Saya menolak dan seperti dijangka, saya tak dapat tawaran seterusnya tapi tidak mengapa ada rezeki lain selepas itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media Siri Astro Original Riot, semalam.

Sejak akhir-akhir ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan pendedahan berani mati seorang wanita kelahiran Indonesia mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual individu ternama tanah yang kini dalam siasatan pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI