fbpx

Himpunan Selamatkan Malaysia: 3 individu digesa tampil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Perhimpunan Himpunan Selamatkan Malaysia berarak dari pekarangan Kampung Bharu sehingga ke perkarangan Pusat Beli Belah Sogo, 16 September lalu. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menggesa tiga lagi individu yang terbabit dalam Himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September lalu, untuk tampil memberi keterangan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya masih menanti tiga individu berkenaan untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, seramai 28 individu telah dikenal pasti manakala 16 daripada jumlah berkenaan sudah selesai dirakam keterangan.

“Proses rakam keterangan juga masih berjalan hari ini, beberapa individu turut dipanggil untuk Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, terdapat tiga daripada 28 individu yang kita telah kenal pasti identiti mereka, tidak memunculkan diri bagi membantu siasatan. Kita menunggu mereka untuk tampil beri keterangan. Jika tidak, kita akan dedahkan identiti dan arahkan mereka untuk beri keterangan.

“Kertas siasatan berhubung kes ini dijangka lengkap pada minggu ini seterusnya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu pada Isnin, Kosmo! melaporkan polis selesai merakamkan keterangan 11 individu daripada 25 yang dikenal pasti menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia yang diadakan hadapan kompleks beli-belah Sogo.

Antara yang dilihat hadir memberikan keterangan Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, Ketua Srikandi Muda Bersatu Malaysia, Nurul Fadzilah Kamaluddin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr. Afif Bahardin. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI