fbpx

Konflik Azerbaijan-Armenia: Serangan baharu dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera pemisah Armenia menembak peluru artileri ke arah askar Azerbaijan dari kedudukan mereka di Martakert, wilayah Nagorno-Karabakh pada 3 April 2016. - AFP

BAKU, AZERBAIJAN – Azerbaijan melancarkan serangan ketenteraan ‘antipengganas’ di wilayah yang menjadi pertikaian, Nagorno-Karabakh sekali gus meningkatkan kebimbangan tercetusnya peperangan terbaharu di rantau Caucasus, lapor akhbar Arab News.

Puak pemisah di wilayah itu berkata, tentera Azerbaijan menggunakan artileri, pesawat perang dan dron yang mengorbankan 25 nyawa termasuk orang awam. Kira-kira 80 lagi dilaporkan cedera.

“Pertempuran berterusan di sepanjang garisan pemisah,” kata Armenia sambil menuduh tentera Azerbaijan cuba mara ke Karabakh.

Kementerian Pertahanan Azerbaijan pula menyatakan, ia menggunakan senjata berketepatan tinggi di barisan hadapan dan dalaman.

“Tindakan antipengganas setempat telah dilancarkan di rantau ini,” ujarnya sambil menggesa pemisah Karabakh meletakkan senjata dan menawarkan perbincangan di bandar Yevlakh.

“Tentera haram Armenia perlu menyerah. Sekiranya enggan, tindakan-tindakan antipengganas akan diteruskan sehingga ke pengakhiran,” kata kementerian tersebut.

Azerbaijan dan Armenia telah terlibat dalam konflik selama berdekad-dekad berhubung wilayah Nagorno-Karabakh yang dikatakan sebahagian daripada Azerbaijan.

Namun, wilayah itu kini dikuasai askar etnik Armenia yang disokong tentera negara berkenaan sejak perang pemisah berakhir pada 1994. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI