fbpx

Pemuda maut motosikal langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohammad Ridhwan ditutup kain putih selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Merbok-Singkir, Sungai Petani pada semalam.

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Jalan Merbok-Singkir, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, mangsa, Mohammad Ridhwan Rosli, 24, yang bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dalam proses membelok ke kiri setelah keluar dari simpang sebuah sekolah agama.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Singkir kemudian melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tersebut.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak di tengah jalan raya dan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI