fbpx

ACL: JDT buka langkah sumbang tewas tipis di tangan Kawasaki Frontale 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN diasak pemain Kawasaki Frontale pada perlawanan kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengorak langkah sumbang apabila tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Liga Juara-juara Asia (ACL) Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini sebentar tadi.

Jaringan akrobatik Marcinho pada penghujung babak pertama menjadi pemusnah kepada skuad Harimau Selatan yang berhasrat membalas dendam terhadap kelab dari Jepun itu.

Gol tersebut hadir ketika perlawanan babak pertama hampir berakhir, apabila kelekaan benteng tuan rumah dihukum pasukan lawan setelah sepakan lambung Wakizaka berjaya ditanduk oleh Tatsuki Seko dan Marcinho yang tidak dikawal melakukan sepakan gunting menerjah jaring.

JDT cuba bangkit pada perlawanan itu setelah melakukan serangan berbahaya ke kubu lawan, malangnya rembatan yang dilakukan Bergson sedikit tersasar.

Ketika menghampiri minit ke-90 permainan, JDT mempunyai peluang keemasan untuk mendapatkan gol penyamaan namun sepakan bebas diambil Juan Muniz sedikit tersasar melewati palang gol.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI