KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan angin kencang petang tadi telah mengakibatkan beberapa pokok tumbang di tujuh lokasi sekitar ibu negara.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah mengeluarkan senarai 10 lokasi yang terlibat.
Pokok tumbang di Jalan 2/61, Bukit Segambut;14, Jalan Bukit Maluri 9, Taman Bukit Maluri dan Jalan 1 Taman Kepong dilaporkan telah menghempap kereta serta menghalang lalu lintas namun tiada mangsa yang terlibat.
Sementara itu, kejadian sama di Jalan 19/62B, Bandar Menjalara telah melibatkan dua individu yang menaiki kereta namun kedua-duanya sempat menyelamatkan diri.
Selain itu, pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di empat lagi kawasan iaitu di Jalan Udang Kapas, Taman Sri Segambut; Jalan 14/38C, Taman Sri Kepong; Jalan 2/62, Bandar Manjalara dan Taman Petaling Garden, Kepong Baru.
Seterusnya, kawasan yang turut terlibat adalah di Taman Megah, Kepong dan
Jalan Ismail Ghaney Off Jalan Kasipillay.
Menurut PGO, anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan. -KOSMO! ONLINE