fbpx

MISC meterai perjanjian dengan syarikat perkapalan dari Jepun, Nissen Kaiun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Presiden Aset Gas dan Penyelesaian MISC, Hazrin Hasan (dua dari kanan) dan Presiden Nissen Kaiun, Kapten Katsuya Abe (dua dari kiri) pada majlis pemeteraian perjanjian antara dua syarikat di sini.

PETALING JAYA – MISC Berhad (MISC) telah memeterai perjanjian kerjasama baharu dengan syarikat perkapalan dari Jepun, Nissen Kaiun Co., Ltd. (Nissen Kaiun) untuk jualan dan penyewaan dua buah kapal pengangkut gas asli cecair  (LNG) sedia ada.

Di bawah terma dan transaksi tersebut, MISC akan memindahkan pemilikan armada LNG kepada Nissen Kaiun dan sekali gus memeterai perjanjian penyewaan dengan Eaglestar and Synergy Marine sebagai pengurus kapal.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC, Kapten Rajalingam Subramaniam berkata, transaksi strategik itu adalah hasil daripada komitmen  Kumpulan untuk meningkatkan fleksibiliti kewangan dan mampu menyerap perubahan yang berlaku dalam industri.

“Ini adalah sebahagian daripada strategi perniagaan MISC 2030 untuk menetapkan nilai, memaksimumkan pulangan daripada portfolio gas dan dalam masa yang sama membangunkan segmen komersial dan skala operasi segmen perkapalan.

“Kami berasa bangga dapat bekerjasama dengan Nissen Kauin dan mahu melihat pembangunan seterusnya daripada kerjasama ini untuk masa kini dan juga pada masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. 

Dua buah kapal dijangkakan akan dihantar kepada Nissen Kauin menjelang suku keempat tahun ini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI