KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan sebarang langkah rasionalisasi subsidi tidak akan membebankan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan penyesuaian itu akan mengambil kira golongan berpendapatan menengah dan rendah.
“Saya beri jaminan apa pun rasionalisasi subsidi dilakukan tidak akan membebankan golongan berpendapatan menengah dan rendah.
“Sebarang penyesuaian membebankan mereka tentu akan menambah beban yang ditanggung golongan miskin,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE